PERANAN SEKOLAH ATAU UNIVERSITI
PERANAN SEKOLAH ATAU UNIVERSITI
Pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dalam penyalahgunaan ICT pada masa kini. Sebagai langkah-langkah berjaga-jaga pihak sekolah perlu membuat pemantauan terhadap pelajar. Contohnya, pihak sekolah menyekat laman web yang tidak sesuai dilayari oleh mana-mana pelajar. Hal ini untuk mengelakkan pelajar melayari laman web yang dapat merosakkan minda pelajar islam. Selain itu, pihak sekolah juga boleh memberikan pengajaran nilai-nilai murni atau mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajaran Moral dan Pendidikan Islam. Hal ini supaya, pelajar mengetahui atau mengingati tentang perkara yang diharamkan dalam islam bagi tidak melakukan penyalahgunaan ICT. Akhir sekali, pihak sekolah juga boleh mengadakan caramah motivasi yang berkaitan dengan penyalahgunaan internet. Hal ini supaya dapat memotivasikan pelajar tentang penyalahgunaan ICT dalam pandangan islam. Contoh tajuk ceramah yang boleh dianjurkan ialah "ISU PENYALAHGUNAAN ICT DALAM KALANGAN MASYARAKAT"
ADLINA
Comments
Post a Comment