PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENYALAHGUNAAN ICT
PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENYALAHGUNAAN ICT
Internet mempunyai banyak manfaat dan sedikit keburukan. Namun demikian, keburukannya boleh menjadi serius jika ia disalahgunakan. Sejak internet diperkenalkan, telah memberikanbanyak faedah kepada umat manusia. Namun demikian, ramai juga yang telah menyalahgunakannya. Oleh yang demikian, teknologi maklumat yang sedang mendominasi dunia ICT ini mestilah dipelihara dengan sebaik-baiknya agar ia memberikan faedah kepada umat manusia manakala elemen-elemen negatif berkaitan dengannya mestilah dijauhi. Tentu anda pernah mendengar berita tentang pencerobohan (intrusion) dan penggodaman (hack) laman-laman web. Pencerobohan dan penggodaman laman-laman web merupakan satu gejala kurang sihat dikalangan pengguna-pengguna internet. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti spam (penghantaran e-mail dengan kuantiti yang banyak), spying (membaca e-mail atau data-data peribadi orang lain dalam internet), mencipta atau mengirim virus secara rambang melalui rangkaian web dan e-mail, dan menceroboh sistem akses rakan-rakan yang menggunakan sistem networking yang sama.Perkara-perkara ini merupakan fenomena terkini yang dihadapi oleh para pengguna, pentadbir dan pengurus sistem keselamatan teknologi maklumat dan internet.Penggunaan internet mestilah berlandaskan akhlak Islam. Setiap apa yang kita lakukan ketika bekerja, berinternet dan menggunakan teknologi akan dilihat oleh Allah SWT, ditanya dan dibalas di hari Akhirat kelak.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Taubah ayat 105:"Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya seta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".Allah mengetahui setiap perkara di dunia ini. Tiada sesuatupun yang dilakukan manusia yang tidak diketahui oleh Allah.
ALEYSHA
Comments
Post a Comment