PERANAN IBU BAPA

PERANAN IBU BAPA



Ibu bapa adalah peranan utama dalam penyalahgunaan ICT ini kerana ibu bapalah yang selalu bersama dengan anak anaknya. Jadi ibu bapa mestilah menjalan tanggungjawab mereka agar anak anak tidak menyalahgunakan ict. Ibu bapa mestilah mendedahkan perkara perkara yang positif kepada anak anak agar mereka boleh menyebarkan perkara yang positif di masa hadapan. Contohnya,ibu bapa mestilah mendedahkan tentang ajaran ajaran islam melalui internet kepada anak-anak. Ibu bapa mestilah sentiasa memantau penggunaan internet anak anak walaupu mereka sudah dewasa dengan meletakkan komputer di ruang tamu supaya sentiasa dapat melihat aktiviti anak anak. Selain itu, dengan menghadkan masa penggunaan internet dalam 2 atau 3 jam satu hari terutama sekali kepada anak anak kecil untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan ICT.Ibu bapa mestilah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kepada anak anak supaya mereka lebih berminat dengan ilmu daripada ICT atau teknologi. Selain itu, dengan memberikan didikan agama sejak kecil lagi,anak anak dapat membezakan perkara yang positif atau negatif daripada media sosial atau ICT nanti. Ibu bapa boleh menyediakan anak - anak jadual waktu. Sebagai contoh pembelajaran kendiri selama 30 minit sehari.



ALEYSHA




Comments